Selasa, 10 November 2009

KEMBALI KE PERDU DIRI

salam. sudah agak lama aku berdiam diri. tragedi yang melanda aku semasa PETA dulu masih lagi berbekas di petak akalku. kemudian, ditambahkan dengan tidak ada ruang untuk sendiri. sekarang ini, aku merasa sedikit lega kerana aku sudah mulai mampu untuk menulis semula. malah dalam seminggu ini, keligatan akal untuk menyimpan dan memproses peristiwa dan kata-kata, begitu mengagumkan sekali. ini mungkin kerana salah seorang sahabat yang begitu kuat 'mengugut' dan 'menyindir' karyaku sudah pergi. kehilangannya begitu terasa. biarpun kami hanya bersama untuk seketika, deraannya benar-benar membuat aku memberontak, malah kadang kala seakan ingin membunuh konvesional yang ruji.

aku masih teringat akan perdebatan kami tentang prinsip. dia begitu keras mengutuk prinsipku. pada saat itu, aku begitu terasa sekali dengannya. mengapa tidak? sebab aku bukan jenis pahat. segala sudah siap, baru nak berbunyi. dia mengatakan, jika aku amalkan perkara sebegitu, aku tak akan berjaya untuk menjadi seorang penulis. mudah aku menjawabnya, bila aku mau, aku buat. tetapi perkara tersebut akan mencetuskan ketidakpuasan hati di waktu depan, aku akan tarik diri, biarpun kepuasan material akan memberi kabur yang dasyhat terhadap maruah aku. itu bukan cara aku nak menaikkan diri.

lama juga aku memberi tafsir serong terhadap pendirian sahabatku itu. ini kerana, pada pandangan jujur aku sendiri, dia bukan seorang yang begitu. dia sejiwa dengan aku. dan apa yang aku serongkan benar-benar tidak tepat. pada hari dia pulang, diarinya(aku tak akan siarkan kata-katanya) yang masih di dalam simpanan aku yang membongkar segalanya. maaf, aku bukan sengaja ingin membacanya, namun kesedihan yang amat sangat mendorongku. diarinya bukanlah seperti diari anak-anak yang pening bercinta, tetapi penuh dengan keikhlasan pendapat dan juga keindahan bahasa. sangat jujur dalam berterus terang!

sekarang, sahabat aku itu sudah pulang, pulang kepada pangkuan abadi. selamat dalam perjalananmu sahabatku, Bismadi Baba Fuad. Al-Fatihah.

1 ulasan:

  1. aku masih ingat lagi arwah semasa aku menjadi fasilitator kalian ketika minggu orientasi.
    al-Fatihah..

    BalasPadam