Isnin, 22 Disember 2008

Pencari Tuhan

bapa,
sebagai hamba-Nya,
aku ingin berbicara.

bapa,
enggan itu terbit dari kebisingan
ya itu terbit dari kebiadaban.

bapa,
setitis lagi ilmuku
mungkin mampu membunuh
serba-serbi kedunguan.

bapa,
aku bukan pemuja yang sejati
tetapi aku juga pemuda yang berani mati.

mj
sept 07

p/s: puisi ini aku tulis secara spontan sahaja, mungkin akan ada perubahannnya nanti. inilah gerak yang mendahului tindak dan aku takkan pernah menyesal merengkuh nafas-Ny.

salam

salam,

Ini merupakan percubaan pertama aku untuk menjadi blogger. entah dapat atau tak, itu aku tak pasti lagi, moga-moga dipermudahkan-Nya. aku bukanlah seorang yang rajin nak mengadap komputer ni, sakit mata dan mata sakit. sebelum ni, aku selalu singgah di rumah orang, sekarang dah ada rumah sendiri, aku nak juga orang datang ke rumah ini. tak kerap, sekali sehari pun cukuplah. jika itu berjaya, bermakna, aku berjaya sebagai seorang blogger. apapun, aku yakin dengan apa yang aku tulis.