Jumaat, 29 Mei 2009

JADUAL AKU SELEPAS INI

Salam...agak lama juga aku tak mencatat apa-apa di sini. Malah sepanjang aku tak menulis di sini, ada tiga batang pokok puisi aku dah buat. Agak banyak jugalah tu. Tapi, buahnya tak tumbuh lagi, masih berbunga..."Cantik," kata MANUSIA BERKEPALA TIGA sewaktu kami sedang bermenung depan pc meratapi kehilangan anak-anak benih buah fikir aku. Aku tahu dia sahaja bercakap begitu. Biasalah, orang yang sedang sedih, takkan nak tambah sedihnya.

Aku pun tak tahu nak tulis apa sebenarnya di sini. Kebetulan nak buka e-mail, aku lalu depan rumah. Sepanjang aku hilang ni, aku bersembunyi di dalam gua...hahaha...

Dalam sebulan ini, banyak perkara yang tertangguh sudah aku selesaikan. Misalnya hutang yang tertunggak, dah langsai. Senang hati.

Sekarang, aku nak tunggu hari isnin. Nak hantar benda penting. Lepas tu, tunggu dalam dua minggu, bersedia untuk kena hentam...hahaha...

Lepas habis tu, aku nak baca buku. Aku rasa, banyak buku yang aku beli tak baca lagi. Sekarang ni, aku dah mula gemar dengan edward de bono. Aku pun tak tahu mengapa, tetapi dia memberi aku sesuatu yang menarik. Nanti aku kongsikan ya. Buku Kassim Ahmad menjadi makanan ruji aku sekarang ni. Tapi jiwa aku tetap juga begini, romantis barangkali...hahahaha...

Kemudian, aku bercadang nak jumpa Amir. Rindu juga nak dengar dia berkata-kata. Bicaranya halus, tapi tajam!

ASWARA akan menjadi sejarah buat aku dalam masa dua minggu lagi. Bila fikir balik, tak sabar-sabar juga nak keluar. Tapi bila renung betul-betul, terasa ada benda yang tak lengkap lagi.

Slepas itu.....?

Isnin, 4 Mei 2009

BERAPA BANYAK ENTAHLAH.

Salam...dalam tiga minggu ni aku tak jenguk langsung dunia maya ni. Entah. Seakan nak lari je. Malah, dalam tiga minggu ni juga aku tak tahu langsung dengan perkembangan dunia bila aku juga mengelak untuk membaca akhbar dan menonton berita di tv. Entah. Semacam sampah pula. Dan, dalam masa tiga minggu ni juga aku tak menulis satu perkataan pun sehingga Isnin lepas walaupun PeTA aku tak siap lagi. Entah. Seolah-olah upaya ku sudah cacat. Dan hari ni, aku mula balik mengembara ke lorong ini. Tanpa diremani sesiapa. MANUSIA BERKEPALA TIGA pun entah pergi ke mana, merajuk agaknya. Dia suruh aku bacakan puisi Kerana Jajan karya Ariffin c. neor, aku menolak. Entah.

Minggu lepas, perjumpaan PeTA. Entah. Tak terkesan langsung. Dan lebih membuat tak terkesan bila mendengar begitu banyak 'tuntutan' untuk sekeping kertas. Entah. Tak boleh salahkan pihak fakulti. TAN SRI DATUK TUAN DR REKTOR menambahkan ketidakberkesanan aku terhadap PeTA. Kalaulah TAN SRI DATUK TUAN DR REKTOR boleh dipilih oleh mahasiswa, dah lama dah berganti. Terlampau banyak songeh. Mendengar keluhan dan aku jugalah, TERLALU SAMBIL LEWA menguruskan soal PINJAMAN SEPANJANG HAYAT. Mungkin kalau aku tambah begini, TUN TAN SRI DATUK SRI TERUTAMA TUAN DR REKTOR, PINJAMAN SEPANJANG HAYAT akan disegerakan urusannya. hahaha....mudah-mudahan.....

Dua minggu dari sekarang, segalanya akan terungkai. PeTA kena hantar. Entah. Bagus tak bagus, belakang ceritalah. Janji yakin dengan apa yang ditulis, itu prinsipnya. Tapi entah. Aku sedikit pun tak gusar tentang PeTA. Aku lebih gusarkan tentang bola....hahahaha....MU akan champions lagi tahun ni.

Nak ending dah ni. Laaa......kena blok lagi................

ENTAH!!!!!