Ahad, 5 April 2009

ANAK-ANAK TUKANG CIPTA, PINJAMAN KEHIDUPAN DAN GADIS KEMANUSIAAN

Salam...semalam, aku berjumpa lagi dengan MANUSIA BERKEPALA TIGA. Ini bukan mimpi ya, ini sekadar imaginasi. Aku dah tak dapat nak bermimpi dalam masa sebulan ni. Aku nak dera diri menyiapkan PeTA. Ok, ketika akalku disedut sedikit kebuntuan, aku layan la beberapa buah lagu yang aku rasa sesuai untuk akalku menyedut balik idea-idea. Dalam keasyikan itulah tiba-tiba MANUSIA BERKEPALA TIGA mengajak aku menjelajah ke empat tempat. Katanya, tiga sedang berpesta, dan satu lagi tak pasti. Aku tanya balik, "kenapa yang satu lagi tak pasti?" "ANAK-ANAK TUKANG CIPTA tengah mengamuk," jawabnya. "Kenapa pula mengamuk?" "Woi! Manusia, kalau kau nak tahu, kau ikut aku. Ni, aku dah bawa 100 plus. Kita jalan kaki ke tempat tu. Tikar terbang dah dipinjam PANUA pi USA, jumpa Obama."



Tub! Akalku mengunyah kembali agar-agar idea. Hmmm...sedapnya. Lebih kurang 20 minit kemudian, aku teringatkan MANUSIA BERKEPALA TIGA. Alamak, dia tertinggal kat terowong imaginasi. Mampuslah aku nanti. Aku pakaikan kembali earphone, merdunya suara Agnes Monica.



Dari jauh aku sudah dapat melihat kemarahan yang mendenyut kepala MANUSIA BERKEPALA TIGA. "Maaflah, aku lupa nak off kan dunia waras tadi. Mak aii, 100 plus aku mana?" sengaja aku mengalih marah MANUSIA BERKEPALA TIGA. "Dah dicurahkan." Nadanya masih marah. "Tak apalah, aku dah semakin kuat sekarang ni," sengajaku sayukan suara. "Ane, bagi 100 plus satu, roti telur tiga dan Kopi O peng tiga," laungnya sambil tangan membaling empat keping daun berwarna putih. Sebuah kereta berkaki tujuh tiba-tiba muncul. "Ok, siap." Kata pemandu tersebut. Dalam perjalanan, aku hanya mampu menahan muntah yang kian menghampiri pintu mulut. Buruknya cara makhluk tu makan.



Hampir lima belas minit kami berjalan. "Hati-hati," itu pesan MANUSIA BERKEPALA TIGA. Sebenarnya, sebelum aku kesini, aku sudah pun tahu akan makna hati-hati tersebut. ANAK-ANAK TUKANG CIPTA menurut TIKUS-TIKUS amat sensetif. Maklumlah, tukang cipta. Untuk tidak membuat akidah menyimpang, aku kukuhkah di hati bahawa ALLAH adalah SATU dan Nabi Muhammad adalah RASUL ku. Kata TIKUS-TIKUS, ada ANAK-ANAK TUKANG CIPTA yang berbahala biarpun mereka punya YANG SATU.



MANUSIA BERKEPALA TIGA menghulurkan aku seketul batu. "Telan," seraya MANUSIA BERKEPALA TIGA memandang sekeliling. Aku yang masih terpinga-pinga dengan arahannya tadi mengetuk kepala tengahnya. Untuk pengetahuan, jika ingin memanggil MANUSIA KEPALA TIGA, kepala tengahnya perlu diketuk. MANUSIA BERKEPALA TIGA tahu akan niatku. "Jangan takut, itu untuk menukarkan kau menjadi halimunan." Halimunan? Sepantas itu akalku teringat akan puisi Suhaimi Haji Muhammad 'Alimunus Orang Halimunan'. Dengan penuh keyakinan, aku menelan batu tersebut. Hmm...lembutnya. Macam kapas. Tapi rasanya tawar. Dah namanya batu. Kami terus mengarus menyeberangi PADANG TEBUAN. Mangikut cerita OTAI-OTAI TIKUS-TIKUS, PADANG TEBUAN dinamakan sebab dulu tebuan-tebuan dari segenap pelusuk bumi akan berkampung di situ untuk bermesyuarat. Percaya atau tidak, terpulang. Itu bukan aku yang kata ya.



Kami terus mengarus. Inilah pertama kali aku melihat wajah-wajah ANAK-ANAK TUKANG CIPTA. WOW! Berbagai wajah. Ngeri! Disebabkan kami halimunan, maka kehadiran kami tidak disedari, pada awalnya. Namun disebabkan ANAK-ANAK TUKANG CIPTA yang sememangnya sensetif, maka kehadiran kami dapat dihidu oleh mereka. Dengan hanya mengangkat ketiak, maka kehalimunan kami terlucut. "Katakan apa hajat kalian," ujar salah seorang ANAK-ANAK TUKANG CIPTA. MANUSIA BERKEPALA TIGA segera menghampiri ANAK-ANAK TUKANG CIPTA tersebut. Aku hanya memerhati MANUSIA BERKEPALA TIGA mengeluarkan urat-urat akalnya. "Baiklah. Kalian berdua duduk di sini." Aku dan MANUSIA BERKEPALA TIGA duduk di penjuru sebelah kanan dewan. Hampir dua jam di situ. Sekarang, barulah aku tahu apa yang sebenarnya terjadi. Menurut wakil ANAK-ANAK TUKANG CIPTA, ayahanda mereka iaitu TUKANG CIPTA masih gagal menyediakan PINJAMAN KEHIDUPAN untuk membaik pulih taraf makanana harian mereka. Maka, mereka telah meluluskan RANG UNDANG-UNDANG PENGINTIPAN DAN PENCEGAHAN untuk menuntuk hak mereka. Rang undang-undang ini sebenarnya lebih bersifat penyelidikan untuk mengetahui hala tuju PINJAMAN KEHIDUPAN mereka. Mengikut beberapa mulut ANAK-ANAK TUKANG CIPTA, kebanyakan wang mereka sudah banyak digunakan untuk mengadakan pesta yang melibatkan makan-makan yang tak diperlukan, penambahan ruang pejabat yang tak digunakan, penjenamaan semula yang entah apa-apa, dan membantu membayar akhbar untuk penerbitan wajah ayahanda mereka. Dari beberapa sepanduk yang dibawa oleh mereka, jelas sekali menunjukkan kemarahan mereka. Salah satunya berbunyi begini, 'AYAHANDA DATUK, KAMI AKAN PULAUKAN PEMILU JIKA PINJAMAN DIBEKUKAN'. Aku dengan rasa ingin tahu yang lebih, aku dekati seorang ANAK-ANAK TUKANG CIPTA. Wow! Perempuan. Katanya, sebelum ini, wajahnya menjadi kegilaan ramai(gilakan wajah saja ya). Namun disebabkan PINJAMAN KEHIDUPAN masih tak diluluskan lagi, maka botox yang sentiasa disuntik sudah mulai meninggalkan kesan. Aku yang merasa simpati menghulurkan beberapa butir gula. Aku menyuruhnya menyapu sebutir setiap hari. Tak perlu guna botok, wajah yang sememangnya manis akan sentiasa menjadi pujaan. Salah seorang ANAK-ANAK TUKANG CIPTA pula lain sikit karenahnya. Sebelum ini, dia sering berpergian, namun kini sudah tak mampu lagi. Tak ada belanja. Lagipun, TUKANG-TUKANG PANUA sudah mulai bising dengan kekerapannya berbelanja.

TUMMM!!! Anak haram. Asal balik mabuk je. Asal mabuk, mesti balik! Aku dah tak dapat menjejaki MANUSIA BERKEPALA TIGA. Khabar terakhir yang aku dapat(email dari 'syurga') MANUSIA BERKEPALA TIGA sudah berangkat tiga tempat panas yang dikatanya tadi. Dan ketika aku ingin mulai mengarang tadi, email datang lagi. Katanya, MANUSIA BERKEPALA TIGA tidak akan muncul hingga rabu ni. Dia sedang mengorat seorang GADIS KEMANUSIAAN yang sedang berbogel. Disebabkan MANUSIA BERKEPALA TIGA hanya mempunyai sepasang tangan. Maka salah sebuah buah dada gadis tersebut tak dapat dipegang kerana tangan yang sebelah digunakan memegang rimba yang memiliki sebatang sungai. Dan buah dada yang satu lagi.........

TUMM!!! Gila.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan