Isnin, 22 Disember 2008

Pencari Tuhan

bapa,
sebagai hamba-Nya,
aku ingin berbicara.

bapa,
enggan itu terbit dari kebisingan
ya itu terbit dari kebiadaban.

bapa,
setitis lagi ilmuku
mungkin mampu membunuh
serba-serbi kedunguan.

bapa,
aku bukan pemuja yang sejati
tetapi aku juga pemuda yang berani mati.

mj
sept 07

p/s: puisi ini aku tulis secara spontan sahaja, mungkin akan ada perubahannnya nanti. inilah gerak yang mendahului tindak dan aku takkan pernah menyesal merengkuh nafas-Ny.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum Justin..

    Lama x dengar cerita, sihat?

    Nanti aku datang rumah kau k, bulan 1.

    BalasPadam